Breaking

Thursday, August 30, 2018

Teringin Minum ABC Jagung

Assalamualaikum wbt,

Teringin makan atau craving terhadap sesuatu makanan dan minuman bagi ibu hamil itu biasa. Yang luar biasa, bila ibu hamil teringin tetapi tak dapat nak dilunaskan. Pasti perasaan ibu hamil kecewa dan sengsara. hehe

Tak adalah sampai macam tu sekali, mami sebenarnya ok ok je bila nak makan atau minum sesuatu tapi tak dapat. Ada satu yang belum mami dapat lagi iaitu wafer coklat. Dah lama sebenarnya nak makan, bila pergi kedai yang jual wafer selalu je habis. Jadi, sampai sekarang belum dapat makan lagi. hehe

Sejak 2-3 minggu lepas, mami rasa nak makan sangat abc (air batu campur), beberapa hari jugaklah mami repeat minum yang sama. Sampailah teringin nak makan abc jagung pula. Nah, ambil mami belanja gambar abc jagung. Bessstttt, sejuk tekak minum panas-panas. hehe

ABC Jagung
Mesti uols nak tahu mana nak dapat ABC Jagung ni kan? Haaa, bagi yang duduk Pengerang Johor, mudahlah nak datang. Yang duk jauh-jauh, uols terpaksa laa cari kedai berdekatan dengan rumah uols.

ABC Jagung ni kedainya terletak di Food Court Sungai Rengit.

No comments: