Breaking

Thursday, August 30, 2018

August 30, 2018

Teringin Minum ABC Jagung

Assalamualaikum wbt,

Teringin makan atau craving terhadap sesuatu makanan dan minuman bagi ibu hamil itu biasa. Yang luar biasa, bila ibu hamil teringin tetapi tak dapat nak dilunaskan. Pasti perasaan ibu hamil kecewa dan sengsara. hehe

Tak adalah sampai macam tu sekali, mami sebenarnya ok ok je bila nak makan atau minum sesuatu tapi tak dapat. Ada satu yang belum mami dapat lagi iaitu wafer coklat. Dah lama sebenarnya nak makan, bila pergi kedai yang jual wafer selalu je habis. Jadi, sampai sekarang belum dapat makan lagi. hehe

Sejak 2-3 minggu lepas, mami rasa nak makan sangat abc (air batu campur), beberapa hari jugaklah mami repeat minum yang sama. Sampailah teringin nak makan abc jagung pula. Nah, ambil mami belanja gambar abc jagung. Bessstttt, sejuk tekak minum panas-panas. hehe

ABC Jagung
Mesti uols nak tahu mana nak dapat ABC Jagung ni kan? Haaa, bagi yang duduk Pengerang Johor, mudahlah nak datang. Yang duk jauh-jauh, uols terpaksa laa cari kedai berdekatan dengan rumah uols.

ABC Jagung ni kedainya terletak di Food Court Sungai Rengit.
August 30, 2018

My Pregnancy Journey Part 6 : Maternity Pant Paling Best Dan Murah Di Shopee

My Pregnancy Journey Part 6 : Mana Nak Beli Seluar Mengandung Murah Dan Selesa?

Assalamualaikum wbt,

Bagi ibu yang sudah ada pengalaman mengandung dan hamil, ibu-ibu tiada masalah untuk mencari seluar mengandung / maternity pants atau skirt hamil. Serius mami wawa yakin, mereka tiada masalah. 

Bagi yang baru dan first time hamil, sedikit masalah untuk mencari seluar mengandung / maternity pants ini. Tambahan pula, mami wawa jenis tak pakai skirt atau dress ketika waktu bekerja. Jadi, semestinya wajib mencari seluar mengandung ini.

Masalahnya, mami wawa tak tahu nak cari kat mana. Bagi orang lain, diawal kehamilan mungkin tiada masalah kerana perut masih lagi flat kan. Selepas 11 minggu, perut mami wawa sudah tak selesa pakai seluar slack yang biasa mami wawa pakai. Jadi ketat dibahagian perut dan bila nak solat terpaksa bukak. Agak leceh kan bagi yang sentiasa nak cepat siap ni kan. hehe

Iklan sponsor di facebook banyak juga cuma mami wawa agak fobia untuk beli online takut tak sesuai dengan saiz dan boleh jadi tak pakai. Jadi, kerana terlebih rajin hari tu mami wawaa pergi Aeon Tebrau untuk cari butik scarlet, orang kata banyak baju-baju dan seluar untuk ibu hamil dan macam-macam pilihan ada.

Seingat mami wawa, waktu tu baru dalam 11 ke 12 minggu pergi tawaf satu mall Aeon tebrau untuk cari butik scarlet, namun hasilnya mengecewakan. Langsung tak jumpa, tanya orang pun tak tahu. Adeh, kaki pun dah lenguh sangat-sangat. Rasa nak menangis je tau sebab terlampau lenguh dan letih. Seluarnya tak jumpa-jumpa pun.

Akhirnya, mami wawa dan suami fedup terus balik. Terpaksa lagi pakai seluar yang tak berzip habis. haha

Lama selepas itu, mami wawa cuba juga pm online seller nak tahu pasal seluar mengandung ni. Semuanya harga mak aihh, rm85- rm106. Boleh tahan harga dia, cuma mami wawa tak berani nak beli lagi sebab itulah takut benar dengan tak padan, rasa macam membazir pulak.

Lama juga mami wawa fikir, tiba-tiba housemate cakap cuba tengok dekat shopee online banyak seluar pregnant murah-murah. Terus berkenan dengan patern ni, murah pulak tu. Bolehlah nak cuba saiz kan, jadi  kak wawa terus pilih saiz M dan warna khaki. Kak wawa tawakal je beli ni, tak tahu sampai ke tak dan ini first time mami wawa shopping di shopee.

Selepas beberapa minggu menunggu dan tracking masih ada di satu tempat yang agak lama, mami wawa redha je laa kalau tak sampai. Dalam masa yang sama, mami wawa tetap juga cek tracking no. Alhamdulillah, akhirnya 2 hari lepas dah sampai seluarnya. Alhamdulillah, cantik dan padan cantik jugak color ni.

Bagi yang nak cuba dan tak tahu nak beli seluar mengandung kat mana, boleh layaran shopee.com.my dan search "Maternity Pants", macam-macam design ada.




Cantikkan, boleh cepat-cepat order sebab dah tak banyak tinggal size M.
August 30, 2018

My Pregnancy Journey Part 5 : Alhamdulillah, Hamil Dan Berpuasa

My Pregnancy Journey Part 5 : Alhamdulillah, Hamil Dan Berpuasa

Assalamualaikum wbt,

Hari ni masuk hari ketiga berpuasa, so far Alhamdulillah. Berbeza masa nak bergantian baru2 ni. Bercinta sungguh, tak sampai jam 10 pagi berkeroncong perut. Sebelum ni mami wawa sahur dengan nasi.

Bulan puasa ni, mami wawa betulkan mindset. Yes, aku boleh puasa tanpa masalah insyaAllah. Mummy kuat, baby kuat jugak 💪🏻💪🏻 😄

Dah 2 hari puasa tanpa perut berkeroncong & dahaga. Tahu2 je laa ibu hamil berpuasa macam mana kan. Budak ofis mami wawa awal2 dah surrender. Katanya tak nak zalimi diri sendiri sendiri dan baby.

Betul jugak tu, kalau rasa tak larat better berbuka je kan. Itu lebih baik.

Tapi, mami wawa dah lama mintak Allah bagi peluang untuk puasa penuh, setiap tahun tau. Jadi, bila Allah dah bagi ni kak wawa tak nak lepaskan peluang keemasan ni.

Apa mami wawa buat? Paling penting ‘MINDSET’ dan ‘NAK’ tu penting. Bila ada dua2 ni, insyaAllah halfway dari nak complete puasa penuh tu dah ada. Ehh, takkan ni je?🤨

Hehe

Mestilah ada bantuan nutrisi yang TERBAIK untuk mummy dan baby. Hihi
Nak tau apa dia? Ini yang mami wawa ambil setiap kali sahur.

1. Energizing Soy Protein (ESP) - membantu bekalkan tenaga, mempunyai GI (glisemik index) yang rendah membantu bekalkan tenaga / glukosa pada badan secara beransur2.

Jadi, badan kita tak de lah rasa bertenaga di awal pagi dan lemah longlai di petang hari.

2. Performance Drink - Air orange shaklee tanpa gula sangat membantu mami wawa dalam mengekalkan badan dari terhidrasi / kering / dahaga. Bayangkan seharian berpuasa, dari pagi sampai petang masih boleh buang air kecil macam kita minum air 2 liter sehari. 😄



Maksudnya, badan kita terjaga dari terhidrasi walaupun cuaca sekarang ni panas terik. 👍🏻😍



3. Mealshakes - mami wawa letak 1 sudu je setiap hari, berperisa vanila bau dia ya Allah sedapppp sangat. Biasanya mami wawa minum mealshakes untuk tambah selera. Tapi minum time puasa ni, mami wawa makan sekali je time berbuka. Kalau rasa kecian lauk tak habis time berbuka, baru mami wawa proceed kali kedua sebelum tidur.😄😋

4. 3 biji kurma - sebelum tidur, mami wawa akan ricik2 buah kurma dan rendam dalam 500ml air masak. Esok pagi, kak wawa blend bersama 3 bahan utama di atas.

Lepas siap blend 1 minit, dah boleh sahur dan minum sampai habis. Itu je sahur mami wawa setiap 3 hari ni.

mami wawa elak ambil nasi time sahur sebab nasi putih ada tinggi GI, uols perasan tak bila makan nasi banyak time sahur tak sampai jam 11-12 , perut dah rasa kosong?

Nak tau tak sebab apa? Lagi tinggi GI sesuatu makanan, lagi cepat dia tukarkan kepada tenaga / glukosa dalam darah kita. Bila kita makan banyak, masa awal2 tu je kita jadi kuat dan bertenaga. Lepas beberapa jam, badan akan jadi lemah balik.

Kan2? 😊
ESP blend with PD + Mealshakes + kurma

August 30, 2018

My Pregnancy Journey Part 4 : Alahan Ketika Hamil?

My Pregnancy Journey Part 4 : Ada Alahan Tak?

Kredit photo Ummu Khadijah

Assalamalaikum wbt,

Soalan pertama yang wawa dapat bila ramai orang tahu wawa hamil adalah, " Ada alahan tak?", Muntah tak? Pening tak? haha.

Sebolehnya wawa tak nak dengar soalan ni, nak tau kenapa? Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab wawa memang langsung tiada alahan muntah-muntah, pening, letih dan sewaktu dengannya. Wawa tak nak dengar sebab tak nak bagi emosi wawa catch dengan perkataan tu dan wawa takut terkena. hihi

Memandangkan wawa sekarang ni masih bekerja sepenuh masa dan dalam masa yang sama buat bisnes shaklee, sebolehnya wawa tak nak performance wawa jadi menurun. Jadi, sedari awal wawa dah set dalam minda wawa ok, wawa ok, wawa ok. InsyaAllah semuanya akan ok.

Orang kata, mengandung tanpa alahan macam tak ada feel hamil. Betul ke? Wawa lebih rasa bersyukur sebab wawa bebas untuk pergi kerja, makan, minum dan lakukan aktiviti tanpa rasa pening, muntah, loya dan sebagainya. Ada sorang housemate wawa juga hamil dan usia kehamilan dia masih baru, kecian sangat wawa tengok dia. Nak makan tak boleh, hidu bau orang masak tak boleh, asyik pening je memanjang, sampaikan tenaga pun tiada. Apa yang boleh dia makan? Maggi dan makanan-makanan ringan sahaja.

Bukankah itu lagi memberi kesan pada perkembangan janin? Jadi, wawa rasa sangat bertuah sebab Allah tak uji wawa dengan ujian rasa alahan ketika hamil. Hari ini usia kandungan wawa sudah 15 weeks 2 days. Pada usia ini, bayi sudah mula mendengar apa yang kita cakap, kita nyanyi, kita baca dan apa saja bunyian yang kita perdengarkan padanya.

Seeloknya, dengarkan bayi anda dengan zikir, ayat-ayat alquran dan kata-kata yang baik sahaja. Ok.

Masih ramai diluar sana yang menantikan kehadiran zuriat, wawa menanti selama 4 tahun dan alhamdulillah, Allah izinkan wawa merasa pengalaman ini. Wawa doakan kalian yang masih menanti zuriat dikurniakan zuriat secepat mungkin. Amin

Pesanan buat bakal-bakal mummy, sila ambil asid folic untuk persediaan rahim kita menerima kehadiran si kecil. Walaupun belum hamil, kita kena makan selalu asid folic ni disamping menguatkan rahim, asid folic juga membantu dalam melancarkan perjalanan darah, menukarkan makanan kepada tenaga, mencantikkan kulit serta bagus untuk orang yang ada masalah resdung.

Asid folic shaklee yang paling baik. 
August 30, 2018

My Pregnancy Journey Part 3 : Apa Rasa Minum Air Gula?

My Pregnancy Journey Part 3 : Apa Rasa Minum Air Gula?
Pengalaman hamil anak pertama, air gula best, air gula ketika hamil, tujuan minum air gula ketika hamil


Assalamualaikum wbt,

Minum Air Gula menjadi igauan ngeri pada sesetengah ibu hamil, namun tidak bagi wawa. Pada mulanya, wawa bayangkan air gula ni macam pengat ubi atau pisang yang pekat. Tambahan pula, ada suami kepada kawan wawa yang menakut-nakutkan dengan air gula ni umpama pekat dia macam kuah mee sizzling. haha

Melampau kan? Dalam kepala wawa rasa takut juga sebab wawa memang tak suka manis, even minum air milo pun wawa tak letak gula. Air tea atau tea tarik sebolehnya wawa suka minum rasa kurang manis.

14 May 2018 (Isnin)

2 hari lepas, wawa ada checkup temu janji dengan doktor untuk scan, minum air gula, ambil darah dan test hiv. Selepas proses pendaftaran, wawa pergi bilik untuk test urine dan bilik minum air gula dan ambil darah.

Selepas letak buku pink, nurse mintak tangan untuk ambil darah kali pertama. Terus wawa tanya, sakit tak? Jujur sangat nurse ni jawab, sakit la kalau tak sakit saya tipu pulak. haha

Emm, betul jugak tu kan. Sambil borak-borak nurse cucuk tangan, boleh tahan laa rasa sakit dia tapi sekejap je rasanya. Dapatlah sedut darah wawa yang pekat satu picagari. Kemudian, dia suruh wawa minum air gula pula, Minum kat luar boleh? Tanya wawa. Ya, boleh jawab nurse.

Keluar dan pergi dekat suami sambil bawak air gula suam plain, duduk mengadap suami. Bang, takutnya nak minum. haha.. Suami kata, minum laa. Ok je tu, sekali teguk je. 

Lepas tu, wawa terus minum sampai setengah gelas berhenti sekejap. Emm, sedap!!haha. Terus minum setengah gelas lagi. Manisnya Ya Allah, sampai rasa ngilu kat gigi. Nak minum air masak, wawa fikir tak payah laa. Biar dia masuk dalam badan dulu laa semua. Lama diam nak bagi air gula meresap ke segenap tubuh. Lepas siap minum, wawa masuk jumpa nurse balik dan proceed ke procedure seterusnya la. Jumpa nurse dibahagian ibu dan anak, lepas tu tunggu pula giliran nak jumpa doktor untuk scan kali yang entah ke berapa. Untuk pastikan due date wawa, sebelum ni doktor belum dapat kepastian lagi.

Proses yang ramai orang kurang suka kan? Lamanya menunggu, sementara tunggu masa 2 jam lagi untuk ambil darah kali kedua, wawa tunggu pula giliran untuk masuk jumpa doktor. 2 jam lebih menunggu sahaja. 

Waktu menunggu, wawa sempat minum air masak sikit untuk hilangkan manis minum air gula. Selepas minum air masak, tak sangka pula dia buat kita rasa nak muntah. Wawa cuba tenangkan fikiran dan cuba sibukkan diri supaya hilang rasa nak muntah. Bayangkanlah kalau termuntah, kita terpaksa repeat balik minum air gula dan proses yang sama akan berulang. huhu

Tak mampu den nak hadap. kiki

Selepas lama menunggu, akhirnya sampai giliran wawa untuk berjumpa doktor. Sembang dengan doktor sekejap, kemudian doktor ajak intai baby. Intai punya intai, dah sah tarikh due date 7 Nov 2018 insyaAllah zuriat wawa keluar ke dunia.

Alhamdulillah, doktor pun bagitahu perkembangan janin sangat sihat. Doakan semoga kandungan wawa dipermudahkan, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan bakal tiba esok hari. Amin

August 30, 2018

My Pregnancy Journey Part 2 : Alhamdulillah, I'm Pregnant

My Pregnancy Journey Part 2 : Alhamdulillah, I'm Pregnant

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Wawa doakan semoga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hari. Lagi dua hari kita bakal masuk ke bulan Ramadhan kareem. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua untuk menjalani ibadah puasa dengan baik.

Alhamdulillah, hari ni genap sudah kandungan wawa berusia 3 bulan 2 minggu. Setelah mencapai usia 4 bulan, barulah wawa berbesar hati untuk umumkan pada sahabat handai dan juga para agen dibawah team wawa iaitu BYG (Billionaire Young Group). Pengumuman ini juga sebagai tanda penghargaan buat sahabat-sahabat semua yang sentiasa mendoakan kehadiran zuriat buat wawa dan suami.

Alhamdulillah, setelah 4 tahun mendirikan rumahtangga dan berkat doa mak ayah, mertua, keluarga dekat dan jauh, sahabat handai samada kenal atau pun tidak, Allah telah makbulkan doa kalian. Jutaan terima kasih wawa ucapkan, semoga doa-doa kalian ini Allah kembalikan kepada kalian pula samada untuk anak, cucu, anak saudara, anak jiran yang masih belum menerima cahaya mata untuk mereka dapat juga insyaAllah.

kredit photo sehat magazine