Breaking

Friday, April 27, 2018

Salam Perkenalan Dari Mamiwawa

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, selamat berkenalan dari saya Wawa atau nama penuh Wan Rokiah bt Wan Ismail. Sudah berkahwin dengan suami yang bernama Zuuber b Che Ibrahim. Umur saya 32 tahun dan bakal bergelar mami insyaAllah bulan November nanti. Alhamdulillah, selepas penantian selama 4 tahun kami, akhirnya Allah izinkan.


Ini adalah blog personal dan bakal saya kongsikan pengalaman sepanjang saya hamil anak pertama. Sebenarnya, masih ramai yang belum tahu tentang kehamilan saya waktu ini kerana atas permintaan suami untuk merahsiakan dahulu di awal kehamilan ini. Kisah ini akan saya tuliskan pada entry selepas ini ya.

Sekarang ini saya masih bekerja di sebuah syarikat dalam bidang oil & gas di Pengerang, Johor. Dalam masa yang sama, saya juga menjalankan bisnes supplemen iaitu dari produk shaklee secara online. Untuk dapatkan info tentang supplemen, korang boleh pergi ke laman web bisnes kami iaitu www.vitaminwawa.com

Di blog ini saya cuma berkongsi tentang pengalaman pertama saya yang bakal menjadi ibu. hihi

Jadi, semoga korang enjoy dengan sharing dan story saya ye..")

Salam perkenalan dan salam ukhwah buat semua yang ingin berkawan dengan saya.

1 comment:

Mar Mansor said...

salam perkenalan blog baru dan tahniah juga.